Ads 468x60px

Featured Posts

Tuesday, January 31, 2012

Bersiap sedia perkuatkan senjata




Cuti semester pertama bakal menutupi gelanggang.Mungkin bagi sesiapa yang tidak ke mana-mana akan tersenyum lebar dan bagi sesiapa yang pergi menziarahi tempat-tempat di luar kawasan, mungkin agak berat untuk meninggalkan tempat tersebut.Semestar kedua bakal menjengah, jadi adakah kita sudah bersedia menhadapinya ?

Setiap semester mesti kita akan memasang niat untuk lebih struggle berbanding dengan fasal-fasal yang lepas.Semangat akan menjadi berkobar-kobar dengan selakan lembaran kitab-kitab baru dan masuk ke kelas dengan bergurukan guru-guru yang pelbagai.Seronok bukan? Tapi jangan lupa dari satu sudut,takut-takut kita terlepas pandang.Coretan ini lebih menunding pada diriku sendiri agar diri aku tidak tersasar dari tujuan sebenar aku datang untuk menuntut ilmu.

Ini checklist yang patut aku patuhi bagi membolehkan aku menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum-sebelumnya.

· -Perkemaskan niat kerana Allah

· -Ikhlas dalam belajar

· -Lebih fokus sebab dah naik tahun ke-3 pengajian

· -Subjek yang diambil ada yang agak sukar

· -Perbanyakan vocub

· -Perbanyakkan study group bersama sahabat-sahabat sekelas

· -Rajinkan diri untuk berjumpa dengan lecturer jika terdapat bab-bab yang kurang faham

· -Jaga adab dengan lecturer

· -Harus bijak membahagikan masa belajar dan kerja-kerja Persatuan

· -Jaga emosi,jaga hati dan jangan terlalu tension

Jagalah adab sebagai penuntut ilmu sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Sirin:

كانوا يتعلمون الهدي كما يتعلمون العلم (الحلية) وقيل الأدب قبل الطلب

“Mereka mempelajari adab sebagaimana mengkaji ilmu. Juga dikatakan Adab sebelum ilmu”.

Jagalah keikhlasanmu dalam belajar. Sufyan al-Tsauri berkata, Tidak ada yang lebih aku jaga melebihi niatku’.

العلم ثلاثة أشبار من دخل في الشبر الأول تكبر،والثاني تواضع الثالث علم أنه ما يعلم (تذكرة السامع والمتكلم صـ65)

Ilmu itu ada tiga langkah, barangsiapa yang baru masuk pada langkah pertama ia sombong, langkah kedua akan tawadhu’ dan langkah ketiga akan mengetahui dirinya tidak mengetahui (tadzkirah sami’ hal.65).

Ilmu yang barakah adalah ilmu yang diamalkan dan diajarkan. Ketika mengajarkan ilmu, bererti mendakwahkan ajaran Allah Ta’ala. Para pejuang membuka daerah dengan peperangan untuk menyiarkan agama Allah Ta’ala , maka para ulama’ membuka dada manusia untuk mengajarkan agama Allah Ta’ala pula. Dengan mengajarkan ilmu syariah Allah Ta’ala akan tegak dan terjaga. Dan dengan mengajarkan ilmu, Allah Ta’ala akan menambahkan illmunya dan mengajarkannya ilmu yang belum diketahuinya. Dan merekalah yang disebut dengan “Alim Rabbany” iaitu mereka yang mengajarkan orang lain dengan ilmu yang kecil sebelum yang besar, menyesuaikannya dengan kemampuan daya kefahaman pelajar, kerana tidak ada orang yang mengajarkan sesuatu yang tidak dapat difahami kecuali akan menimbulkan fitnah bagi sebahagian yang lain, sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Mas’ud. Semoga Allah Ta’ala memberikan kita ilmu yang barakah dan bermanfaat.

Wallahu'alam ^^,


Saturday, January 28, 2012

Ikan jerung dan Ikan Bilis




Sebesar-besar si jerung
liciknya berenang bersenang

melepasi pukat perangkap
bebas di lautan lepas.

Sekecil-kecil si bilis
sekawan jasad tersangkut di pukat
lalu di bawa ke daratan
dengan kapal kekuasaan.

oleh : RIDZUAN KAMIS


Thursday, January 26, 2012

Rindu lambaian itu


Termenung jauh mengingati desa, desa yang dulunya pernah mengukir 1001 kenangan bersama keluarga tercinta. Angin bertiup,burung berkicauan, aku merindui desa nan permai.

Pernah dulu mengalirkan air mata mengenangkan nasib di sana. Adakah masih ada lagi sinar untuk aku terus melangkah pergi jauh mengejar cita-cita.Dia Tuhan telah mendengar dan memakbulkan permintaan hamba,telah berjaya keluar dari kesesakan dada.

Teringat kampung halaman yang menyimpan berjuta khazanah kesabaran hidup bersama keluarga.Aku bersyukur.Alhamdulillah !

Thursday, January 19, 2012

Cuti yang Sunyi [Short Entry]





Bermain salji pada tahun 2010 yang lalu ; bersama housemate yang grad. Mabruk !


Semua orang sedang menikmati cuti mereka dengan melawat ke negara-negara di sekeliling Jordan.Ada yang ke Palestin, ada juga yang ke United Kingdom , ada juga yang ke Turkey. Ada juga yang pulang ke Tanah Air,Oh Malaysia. Tapi kali ini, bumi Mu’tah menjadi peneman setia aku pada cuti kali ini.

Nawaitu ada juga menyimpan hasrat untuk ke Portsmouth, United Kingdom, tempat sepupu yang sedang menimba ilmu di sana. Mungkin tunggu cuti musim panas nanti barangkali.

Berangan juga nak ke Moscow, ada sahabat seperjuangan juga di sana. Kalau nak ke Mangalore, India tempat sepupu dalam bidang dentistry lebih baik pergi dari Malaysia dengan menaiki Air Asia. Tak gitu? Nak pergi ke University Of Newcaslte, Australia tempat sepupuku yang sorang lagi dalam Medicine pun better balik Malaysia. Akhirnya, duduk dibaluti selimut 10 kilo bertemankan cadar elektrik dan pemanas gas di dalam kamar bewarna pink.

Musim sejuk yang menusuk tulang, tapi Russia sejuk lagi barangkali dengan bersuhukan negative 8. Mu’tah hanya mencecah angka zero dan negative zero.Tapi kesejukan ini ibaratkan seperti tidak hidup lama.Benar-benar menguji tahap kesihatan tubuh.

Hanya kerja-kerja menulis surat dan menulis laporan menemani malam dan siangku.Lepaskan bosan juga dengan menikmati horror movies bersama teman yang menemani.Uhh,bosan !Masih menanti salji yang masih tak kunjung tiba di Mu'tah.

Aku sememangnya lebih suka hari kelas daripada hari cuti,sebenarnya boleh sahaja cari kerja lain, banyak lagi kerja yang tertunggak.Allah permudahkanlah urusan aku, kedua ibu bapaku dan sahabat-sahabat ku yang lain.


Jom layan nasyid dulu dan membaca. Hilangkan bosan barangkali ( =,=)