Ads 468x60px

Monday, May 9, 2011

infinity sabar


~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~
السلام عليكم

Ungkapan sabar yang mudah diucapkan tapi amat susah untuk di"tatbitkan"(aplikasi).Namun kita hanya manusia yang mampu menyerahkan sepenuh pengabdian kepada Allah selepas kita berusaha dan ikhtiar.


Ujian yang datang tanpa kita undang hanyalah sekadar wasilah bagi kita yang bernama hamba untuk kita lebih bermuhasabah diri dalam setiap keadaan.


Namun tidak semudah yang orang lain selalu katakan iaitu sabar.Aku mengenal diriku dan sahabat-sahabatku.Sahabat-sahabat merupakan cermin jernih buat diriku.Aku bergerak ke kanan ianya turut sama mengikutiku dalam setiap keadaan.Akan tetapi hanya pantulan yang membezakan kita.Aku tidak mahu engkau terlepas dari pandanganNYA walau hanya seketika Cuma.


Yang bulat takkan datang bergolek dan yang pipih takkan datang melayang jika tiada apa-apa usaha yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita.Apa yang paling penting ialah apa yang diniatkan berkaitan dengan sesuatu amal kita.Jika baik niat pada pucuk pangkalnya,maka baiklah natijahnya.


Jika buruk pada permulaannya maka pengakhirannya membawa mudharat pada kita mahupun sekeliling.Jadi apa-apa yang terlintas dalam benak kita hendaklah kita tapis dengan tapisan keimanan sebelum membuat sebarang keputusan yang mungkin bakal memberi kesan kepada 10 tahun akan dantang.Mungkin!!


Ada orang mengatakan ujian merupakan balasan kepada amalan kita yang lalu.Tapi tidak bagi aku.Mungkin inilah yang dikatakan hamba NYA.Tidak sempurna sesorang hamba jika dirinya tidak diuji dan senantiasa berada dalam kemewahan dunia dan seisinya.


Nah.!!Ya.Benar apa yang telah kita rungkaikan dalam ayat-ayatNYA.


Muhasabah sejenak,meniti malam yang mungkin esok tiada bagi kita..


0 walkietalkie (::