
Harapan yang pernah singgah dahulu
Kini melabuhkan kakinya kembali
Berganding bahu memerah keringat berhempas pulas
Takkan aku lupakan kenangan bersama kalian
Soff perjuangan tidak semudah yang dijangkakan
Orang melihat hanya sebelah pandangan
Kadang-kadang emosi juga tidak terkawal
Namun kalian sentiasa menjadi penawar
Lumrah berpersatuan memang mencabar
Kadang kehadapan kadang kebelakang
Namun percayalah kita sekarang
Semoga tidak lari dari iradat Tuhan
Yang membawa kita menuju syurga berkekalan
Masalah dikongsi kencang mencari solusi
Pelbagai persepsi datang kemari
Tangan dihulur tanda memberi
Jangan cuba patahkan kami dengan cerita yang tidak menepati
Desas desus hanya kan merana hati
Setahun, tidak mungkin seabad
Kami hanya mampu berdasarkan matlamat
Mana yang kurang kami minta pendapat
Mana yang baik tingkatkan semangat
Amanah Allah tidak tergalas
Doakan kita semua tidak terbabas
Bagaikan batu menghempap dari atas
Namun kuasa Allah memang tidak terbatas
Berkerja dari kalam hinggalah di atas kertas
**Ya Allah berkatilah ikatan kami semua ini.Mohon maaf pada semua diatas kekurangan dan segala kelemahan kami.Ampunkanlah kami Ya Rob..
PERMATA 2010/2011





0 walkietalkie (::
Post a Comment