
Maaf,saya tak makan ayam suntik
Kalau semasa di Jordan semua makan,tolak batu dengan kayu saja.Tapi sekembalinya aku ke tanah air,aku mula dikembalikan dengan hati-hatinya cara pemakanan di rumah dan di mana sahaja.Aku diajar supaya menilai apa-apa makanan sebelum masuk ke dalam mulut hatta di mana sekali pun.
Nah..nak ayam?tanya seorang makcik mentara..
aku menjeling2 kakakku..aku nak ambik je..papp..tanganku ditampar kakak.. ngeeee~
amboiii syadidnya kakak aku... :O
Tak,tak saya tak makan ayam..pintasku
Aku mengambil lauk pauk yang lain.. muka xbersalah :P
Di kedai makan..
Nak nasik goreng..
Nak mee goreng..
Nk tomyam…
TAPI…ujar ayah..
Jangan letak ayam…kami semua tak makan ayam..
Lepas tu tomyam??letak seafood pun ok.. :D tapi bukan ayam lah tomsea ..:D
Kadang2 aku memberontak juga,tengok susahnya nak mentarbiyahkan diri kan??..Orang nak bagi jadi terbaik pun aku memberontak??Adakah ini kesan2nya aku makan makanan sebegitu..Allah..
Kenapa kita tidak digalakkan makan ayam?? ada beberapa perkara yang aku dan anda semua rasakan ia sangat penting. Berat untuk cerita, tetapi itulah hakikatnya pada hari ini. Sumber ini aku dapat dari email dan ia tidak semestinya benar, cuma kita perlu fikir-fikirkan. Ada tujuh sebab:
1. Kajian menunjukkan bahawa 92 peratus penternak ayam daging di Malaysia terdiri dari bangsa asing yang bukan beragama Islam. Mereka ini secara suka-suka akan menaikkan harga ayam tanpa menghiraukan harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Alasan mereka ialah harga makanan ayam telah naik dengan mendadak. Selalunya apabila makanan ayam naik 10% , harga ayam dipasaran akan dinaikkan sebanyak 30%.
2. Kajian juga menunjukkan bahawa 100 peratus pengeluar anak ayam adalah terdiri dari bukan Islam. Mereka juga akan suka-suka menaikkan harga anak ayam tanpa sebarang sebab.
3. Kajian juga jelas menunjukkan bahawa 100 peratus pengeluar makanan ayam adalah terdiri dari bukan Islam. Pengeluar makananlah yang selalu disalahkan bila harga ayam dipasaran naik. Memang mereka bersalah kerana bersubahat dan berkomplot dengan penternak ayam dan pengeluar anak ayam untuk menaikkan harga terutama apabila umat Islam akan berpuasa dan juga semasa menyambut hari perayaan.
4. Semua orang tahu bahawa 100 peratus penjual ayam bahagian makanan halal dipasar adalah terdiri dari orang Melayu yang untungnya sangat rendah kerana tersepit diantara kenaikan harga dari pembekal dan kawalan harga dari kerajaan. Mereka ini boleh berhenti menjual ayam dan menjual daging sekiranya bangsa sendiri tidak lagi makan ayam.
5. Ayam daging yang kita beli dipasar bukan lagi ayam yang sebenarnya (ayam suntik). Ianya adalah sejenis modifikasi bahan makanan. Ayam-ayam moden hari ini kelihatan semuanya memakai baju yang sama. Mereka didudukkan di dalam bilik yang sempit dan diberi makan mengikut peraturan. Ayam-ayam ini juga diberi pelbagai jenis pil dan hormon agar ianya ‘kelihatan’ subur dan menarik apabila ianya telah disembelih untuk dijual di pasar. Ayam-ayam ini juga tidak pernah mengotorkan kaki mencakar tanah mencari cacing. Badan ayam-ayam ini tidak pernah dipanah oleh cahaya matahari. Bayangkan dalam masa 40 hari dari sebiji telor yang menetas dengan kuasa eletrik, ianya siap sedia untuk dihidangkan ke meja makan.
6. Ramai penternak ayam masih menggunakan sejenis antibiotik yang mempunyai kesan karsinogenik (penyebab barah) dan boleh merosakkan sistem saraf pusat. Nitrofuran, satu kelas drug yang amat toksik digunakan untuk mengawal penyakit yang menyerang ayam ternakan. Seorang doktor haiwan di Johor, mendapati rintangan terhadap antibiotik tersebut telah wujud dalam sekumpulan ayam ternak yang dirawatnya.
7. Mereka yang kerap memakan daging ayam kini perlu lebih berhati-hati berikutan kadar hormon yang tinggi pada haiwan itu boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan.
Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohd Zulkefeli Md. Jusoh berkata, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis ‘ayam daging’ akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh. Lagi membimbangkan untuk satu tempoh jangka panjang, mereka yang kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser.
Secara amnya, tubuh kita memang mempunyai sistem kawalan bahan-bahan asing. tetapi ia hanya berfungsi untuk tindak balas jangka pendek sahaja dan tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku selepas itu.
Lepas tu takkan tak boleh makan ayam langsung..amboihh..
Setiap apa yang tak boleh dimakan mesti ada alternative lain kan?Ayam Organik..nak beli kat mana?Bukan nak promosi ke apa.Tapi yang menjual ayam organic HPA ada,mungkin orang melayu Islam lain ada juga yang menternak ayam organic tanpa sebarang suntikan yang boleh mengundang lara..
Ewww…macam tu sekali yee…
Mungkin sekembalinya aku ke Jordan mengubah tabiat pemakanan aku..Bukan lagi penggemar ayam,tapi mungkin menjadi vegetarian,walaupun aku tak makan sayur..=,=
Kawan-kawan,sahabat-sahabat..Nanti pulang m’sia,kita pergi makan ayam yee..kat mana tu..kat RFC lah.. :D





8 walkietalkie (::
promot nampak..tokey bayar ye klu makan RFC..
salam....betul ape yg ang ckp....kami sekeluarga pun pntang xmkn ayam....lgpun kt lgkwi bnyk org beli ayam thailand....aku 1st kt kem aritu mkn aym..jdi gatal habih....pastu aku xmkn dah smpai hri ni...ya ALLAH...truk btul mlysia ni...ayam pun dah jdi 'babi'(khinzir)
Insyi,akk nk share ye..
baru nk ajak dtg umh makang nasi ayang..heeeeeeee
tpi satu je insyie....aku dok mikir jln terbaik utk kta selesai kan gejala mcm ni....spe yg rsa??...mcm mn tindakan pemimpin kta sndri....
kasukira:mcm promot jgkla..beyeh2..
amalina:tulah skrg ni kita kena behave..malaysia skrg mcm2 diorng bwk masok ntuk hapuskan sifat kebaikan tu...hmm...fikirkan je jln penyelesaian...
kak azma:boleh silakan2..:)
ust haji emi:oohh bulih jee..hehehe...:D tp kena aym organik lah..
:D
saya jarang makan ayam sbb saya lagi suka makan ikan
gud girl..hehehhe...terima kasih cikgu..wink3..
Post a Comment