Ads 468x60px

Wednesday, August 10, 2011

Ketuk-ketuk Teraweh




~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم


Ayah: “Hari ni kita nak pergi solat teraweh kat masjid mana ye?Hmm…Batu 2?Taman Intan?Pengkalan Lebai Man?Ria Jaya?”

Si anak: “Taman Intannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!” jawab si anak penuh semangat!!


Rutin harian kami sekeluarga menjelajah masjid bermula setibanya Ramadhan,Alhamdulillah masih diberi anugerah yang paling besar dalam hidup kita iaitu nikmat kesihatan yang mampu membawa kita beibadah kepada Allah..Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..

Setelah selesai teraweh maka sesi perbualan berlaku….

Si anak: “oh,masjid ni sedap ek imam dia baca,makhraj pon baguih..”

Ayah: “mau dak nya,Imam arab..maybe mesir kot.sebab dia ada lenggok bacaannya yg ala2 al misr..

Si anak: “ohh,patotlah pergghhh!!! J

Teraweh keesokan harinya pulak….

Ayah: “harini nak pi masjid mana?Lekaih2!!

Si anak: “jom pi try masjid Taman Ria pulak lah”

Si Ibu : Taman Ria??Jalannn…

..


Selesai Teraweh…….

Si Ibu: “Tadi,ada makcik sorang dekat2 mama pengsan..hop hap hop hap(gaya tarik napas) dia” :D

Si anak : “hmmm..kesiannya,mak cik tu…Imam hafiz tu,tapi dia baca dekat 2 muka surat,tu makcik pengsan kot.. =)


Hari seterusnya….

Macam biasa perbualan anak beranak pasal nak teraweh di mana..Kali ni,masjid berlainan pula…

Masjid berdekatan juga dengan rumah..


Alhamdulillah,dapat menghayati bacaan dengan jelas sebab tong sound betul2 belakang muslimat.. J

Walau macam mana pun,walau di mana pun masjid yang kita jejaki,the main point yang ingin di ketengahkan adalah perbetulkan niat kita dalam melakukan amalan sunat ini..InshaAllah ada keberkatanNYA..

Sepanjang 11 masjid yang telah dijejaki ini,didapati para jemaah solat amat susah untuk meluruskan dan merapatkan sof solat..Berapa kali makcik yang berada di sebelah aku menjadi mangsa penarikan ku untuk beberapa kali….:d “Mak cik,boleh rapat sikit x dengan saya”?...

Meluruskan sof adalah wajib hukumnya, dalilnya adalah hadith Nu’man bin Basyir r.a , bahawasanya Rasulullah saw bersabda :

“Luruskan (samakanlah) sof-sof kalian (beliau mengulangi 3 kali), maka demi Allah hendaklah kalian meluruskan sof kalian atau sungguh Allah akan menyelisihkan di antara hati-hati kalian.” (Hadith Shahih Riwayat Abu Dawud)



Pentingnya penguasaan Bahasa Arab dalam memahami isi kandungan ayat-ayat Quran yang dialunkan oleh Imam.Kerana apa?Kerana terdapat juga masjid yang Imamnya membaca pada satu rakaatnya dengan bacaan yang panjang.Jadi tidak dapat tidak kita sebagai makmumnya untuk menghayati bacaan Imam tersebut.InshaAllah banyak manfaatnya..



Suara bukan ukuran..

Kadang-kadang terdetik di hati masing-masing memandangkan pula bacaan Imam yang panjang ditambah pula dengan suara yang kurang enak bagi kita.Bukan itu ukurannya.Cuba letakkan apa isi yang dibacakan oleh Imam dalam menjadikan kita khusu’ dalam solat.Memetik dalam firman Allah dalam surah Al mukminun yang bermaksud “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya”(Ayat 1 & 2).



Khusu’ itu yang dicari..

Sekarang Ramadhan telah menjejaki fasa yang kedua.Ayuhlah kita tingkatkan amal dengan sebanyak yang mungkin.Bulan yang penuh pengtarbiyyahan.

Bulan Ramadhan ibarat kekasih kita yang dinantikan,perginya terkesan di hati dan ditangisi.Ramadhan bulan menjaga sakhsiah diri,mengawal seluruh gerak geri membuat maksiat jauh sekali.Hormati Bulan Ramadhan,Hiasi bulan Maghfirah(keampunan) ini.Agar kita tidak menyesal di kemudian hari J


Give your big smile as big as you can and never forget to say Alhamdulillah wa syukurillah..Good Luck!!Muhasabah buat diri sendiri yang ingin dikongsikan bersama :)


1 walkietalkie (::