Ads 468x60px

Saturday, August 6, 2011

Rasa pelik dan hairan



~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم

Alhamdulillah,kali ini aku berkesempatan menghabiskan Ramadhan bersama keluarga.Kalau tahun lepas,meriah sambut Ramadhan di Mu'tah,tanah bertuah.Dari sahur,berbuka,terawih punya rasa yang berbeza.Tahun pertama dulu sambut Ramadhan di perantauan dulu amat bererti buat aku.Kali ini sedikit kelainan.

Apa yang peliknya?

Bila kaki jejak ke bazaar Ramadhan,sudah maklumlah semuanya beragama Islam.Tapi..Tahu tak peliknya di mana?Bukan ingin mengaibkan sesiapa tapi untuk iktibar semuanya,agar menghormati bulan mulia.Akan tetapi, kan lebih molek jika berpakaian sopan jika bukan bulan Ramadhan pun..Aduhhh!!Sakit matanyaaaa...Mak hampir terkejut dengan keluhan aku.Di tanya beliau mengapa?Mestilah si gadis berbaju sendat,berseluar ketat.!!Ya Allah,ada laagi makhluk begini.?Ya,memang banyak.Tugas siapa?Tugas kitalah semestinya.

Baru-baru ni,aku ke kedai kain untuk membeli kain meter ela untuk membuat tudung labuhku.Turun 3 orang gadis dari jauh aku memerhati.Maka bertanyalah aku kepada mak ku."Melayu ka Cina tu mak"? Lalu mak aku dengan penuh semangat menjawab "Melayu plus Islam.." Astagfirullahal 'azim..aku menggelengkan kepala.Teruk sangatkah pakaiannya?Hmmm...seluar atas paha,rambut karat..Nauzubillah.Moga tidak diuji kepada kita.

Kalau bulan Ramadhan boleh menangis,aku pasti Ramadhan pasti teresak-esak melihat gelagat penduduk alam.Pelbagai ragam,pelbagai gaya pakaian tambahan pula pakaian yang tidak syarie.Ya Allah mana kami ummat Islam mahu meletakkan muka kepada Raqib dan 'Atid yang 24 hours bersama kami.Ya Allah ampuni kami.

Ini baru sekitar Kedah.Aku jamin!Jamin!Pasti di sekitar bandar-bandar besar yang lain tidak kurang hebatnya.Bagaimana ingin rasakan kehangatan Ramadhan di sini kalau ke sana ke mari masih ada yang tidak menutup aurat?Maaf aku katakan,bagi wanita yang memandangnya mungkin tiada hal,Bagaimana pula kaum yang berlawanan dengan wanita apabila memandangnya.?Ampuni kami Ya Robb...

sumber gambar:FB masjid ini,ni time bila tak taw..

Kalau di Tanah Arab sana,MashaAllah begitu hidup Ramadhan mereka,solat subuh diimarahkan.Boleh dikatakan tiap-tiap waktu penuh diimarahkan oleh jemaah-jemaah.Tambahan pula,masyarakat sana begitu berlumba-lumba untuk menginfakkan harta mereka tambahan pula kepada tolabul 'ilm ini..

Baru-baru ini ketika ayahku ingin singgah solat asar di salah sebuah masjid di Pulau Pinang,Alhamdulillah aku kira,bazaar ramadhan bersebelahan dengan masjid.Ayah aku berkata pantas,"kalau orang azan pun yang ada kat bazar tu xnak solat jugak,teruklah!Masjid xsampai semeter ja"! Aku mengiyakannya.Ayahku merupakan idola bagiku kerana ayahku tidak pernah meninggalkan solat jemaahnya di masjid mahupun di surau meskipun hari apa sekalipun,bulan apa sekalipun.Meskipun vacation ke mana saja,ayah aku akan mencari masjid juga sebelum azan berkumandang.Allahuakbar!!Allah,permudahkanlah segala urusan ayahku.

Berbalik pada cerita masjid tadi,sebelum iqomat solat asar berkumandang,Tok imam masjid tersebut membuat satu pengumuman kepada jemaah yang masih sibuk menjual dan membeli di bazaar.Bunyinya begini "Assalamualaikum,mintak perhatian ye,perhatian kepada para peniaga,sila berhentikan perniagaan anda dan segera ke masjid kerana solat asar akan bermula sebentar saja lagi".Aku tersenyum melihat makku.

Dalam hati aku,kalau tiap-tiap hari la macam ni,begitu kuatnya jemaah masjid,ahh bagusnya!!Yah,tahniah buat masjid At-Taqwa,Taman Bertam Indah,Pulau Pinang :)

Secara konklusinya,betapa indahnya jika kita betul-betul menghargai datangnya Ramadhan ini.Mungkin kali ini merupakan terakhir kali kita menjadi tetamunya..Allah,panjangkanlah umur kami.InshaAllah apa yang baik jadikan teladan,apa yang buruk jadikan sempadan.

2 walkietalkie (::

z a z a said...

mashaallah, teruja saya bile baca bagaimana biah di mekkah sana.

Lepas tu? orang jual2 tu semua pi solat ke? macam mane? cecite.

einsyie♥♥انشراح said...

ye...yg biah tu more tu jordan lah..sbb menyaksikan dgn sniri..

aiwah..lpas tu yg jual2 kat bazaar tu dtglah berpusu2 ntuk solat..^^, (rasa seronok) sbb solat asar petang tu mmg sof lelaki penuh mcm solat traweh :)