Ads 468x60px

Monday, September 12, 2011

kembali menghitung hari



~In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful~

السلام عليكم



Perasaan sebegini aku rasai lebih kurang 2 tahun yang lepas,perasaan bersemangat,takut,sebak,sedih dan sebagainya.Kembali untuk kembali berkhidmat di sana,menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan olehNYA kepada aku sebagai penuntut ilmu-ilmuNYA.


Cuba bayangkan hari-hari aku di sana,aku diuji pelbagai ujian kesihatan,yang kadangkala aku juga tak mampu untuk menepisnya.Hanya semangat adanya adik beradik seperjuangan aku di sana aku mampu bertahan.Di sana tanah berkat,tanah para syuhada’,begitu mudah doa dimakbulkan dengan izinNYA.Setiap waktu aku cuba untuk berdoa memohon kepadaNYA agar dimudahkan setiap gerak geriku di sana.Doakan aku sahabat!!



Alhamdulillah,tiga bulan aku menghabiskan cuti ku bersama keluarga yang disayangi setelah dua tahun aku di sana.Syukur ke hadrat Allah kerana aku masih lagi diberikan nafas untuk bersama mereka.Sungguh!Aku akui,keberadaan aku di perantauan banyak menyedarkan aku erti susah dan senang,erti segala-galanya buat mereka.Susahnya hidup untuk mencari rezeki.Moga diredhai.

Dua tahun begitu pantas,aku cuba menahan sebak ku agar manik-manik jernih itu tidak lagi menjengah pipiku.Perasaan kental dan tabah harus ada dalam diri untuk berlepas dari tanah air.Itulah aku dua tahun yang lalu.Keberangkatan aku ke bumi Jordan tanpa setitis air mata yang jatuh kerana aku mengingati pesanan ayahku agar tidak menangis di hadapan ibuku..Oh kental sngguh aku menahan sebak di dada!!


Tidak kurang seminggu dari sekarang.Segala persiapan harus aku lakukan.Aku akan kembali seperti sediakala.Kembali berbakti di sana.Meski pun terasa pelbagai dugaan yang kini melanda kami.Ya Robbi,thabbit qulubana ‘ala dinik wa ‘ala to’atik.Ameen!!

1 walkietalkie (::

ibn suhaimi™ said...

Usah jemu menulis.
usah jemu berjuang.

:)