Ads 468x60px

Thursday, November 3, 2011

Semua makhluk akan merasai kematian


Kali ini aku benar-benar terkejut,setelah 5 tahun selepas aku telah kehilangan seorang datuk.Kali ini sekali lagi ajal itu menjengah insan yang ku kira agak rapat dengan keluarga kami.Memang benar,ajal dan maut tiada siapa yang mampu menghidunya.Pemergiannya ditangisi dan pemergiaannya benar-benar membuatkan diri aku begitu lemah di sini.Walaupun hanya beberapa kali bersua muka,tapi aku rasakan beliau seakan-akan ayahku.Benar,dialah darah daging keturunanku.

Pada mulanya,aku mendapat khabar menyatakan bahawa beliau telah mengalami suatu insiden yang benar-benar menyayat hati.Tapi aku tidak dapat membayangkan situasi sebenarnya.Setalah koma beberapa hari di hospital.Allah tahu apa yang terbaik buatnya.Di pagi subuh Jumaat,beliau dijemput Illahi.Kini hanya kiriman doa mampu aku titipkan buat rohnya.Semoga dikurniakan syurga dan tergolong dalam golongan soleh.Ameen.

Sakit ataupun tidak, hanya Allah sahaja yang tahu bilakah ajal kita akan tiba.Siap-siagalah kita menghadapinya. =(

Tribute to Allahyarham Haji Idris bin Haji Ahmad

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

4 walkietalkie (::

ibn suhaimi™ said...

Diriwayatkan bahawa Uthman bin Affan RA akan menangis sehingga janggutnya basah apabila berada di tanah perkuburan, lalu ditanya kepadanya yang menangis ketika di kubur sedangkan tidak menagis apabila disebutkan syurga dan neraka, jawabnya:

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Kubur adalah hentian pertama daripada hentian-hentian akhirat, barangsiapa yang selamat daripadanya maka apa yang selepasnya akan lebih mudah. Barangsiapa yang tidak selamat daripadanya maka apa yang selepasnya akan lebih susah la

*Mendengar kisah ini, mudah-mudahan kita sering beringat tentang kematian, kita doakan al-marhum bersama para syuhada' di negeri sana..Allahumma amin.

USAH jemu menulis!

ibn suhaimi™ said...

* Barangsiapa yang tidak selamat daripadanya maka apa yang selepasnya akan lebih susah lagi. (Riwayat Tirmizi)

einsyie♥♥انشراح said...

inshaAllah.syukran katherr
Ameen ya Robb..

cik dila said...

ingatlah mati untuk hidup...=)
semoga berada dalam rahmat-Nya..amin..