Bermain salji pada tahun 2010 yang lalu ; bersama housemate yang grad. Mabruk !
Semua orang sedang menikmati cuti mereka dengan melawat ke negara-negara di sekeliling Jordan.Ada yang ke Palestin, ada juga yang ke United Kingdom , ada juga yang ke Turkey. Ada juga yang pulang ke Tanah Air,Oh Malaysia. Tapi kali ini, bumi Mu’tah menjadi peneman setia aku pada cuti kali ini.
Nawaitu ada juga menyimpan hasrat untuk ke Portsmouth, United Kingdom, tempat sepupu yang sedang menimba ilmu di sana. Mungkin tunggu cuti musim panas nanti barangkali.
Berangan juga nak ke Moscow, ada sahabat seperjuangan juga di sana. Kalau nak ke Mangalore, India tempat sepupu dalam bidang dentistry lebih baik pergi dari Malaysia dengan menaiki Air Asia. Tak gitu? Nak pergi ke University Of Newcaslte, Australia tempat sepupuku yang sorang lagi dalam Medicine pun better balik Malaysia. Akhirnya, duduk dibaluti selimut 10 kilo bertemankan cadar elektrik dan pemanas gas di dalam kamar bewarna pink.
Musim sejuk yang menusuk tulang, tapi Russia sejuk lagi barangkali dengan bersuhukan negative 8. Mu’tah hanya mencecah angka zero dan negative zero.Tapi kesejukan ini ibaratkan seperti tidak hidup lama.Benar-benar menguji tahap kesihatan tubuh.
Hanya kerja-kerja menulis surat dan menulis laporan menemani malam dan siangku.Lepaskan bosan juga dengan menikmati horror movies bersama teman yang menemani.Uhh,bosan !Masih menanti salji yang masih tak kunjung tiba di Mu'tah.
Aku sememangnya lebih suka hari kelas daripada hari cuti,sebenarnya boleh sahaja cari kerja lain, banyak lagi kerja yang tertunggak.Allah permudahkanlah urusan aku, kedua ibu bapaku dan sahabat-sahabat ku yang lain.
Jom layan nasyid dulu dan membaca. Hilangkan bosan barangkali ( =,=)






0 walkietalkie (::
Post a Comment